SEJARAH NAMA:
Menurut cerita daripada Tuan Haji Mohamed Bin Sulong, nama Kg Gelong Bilal dikatakan berasal dari nama Bilal Sulaiman iaitu Tok Nyang kepada beliau yang mana nama kampung itu kekal ke hari ini. Sebelum mendapat nama Kg. Gelong Bilal, tempat tersebut dikenali dengan nama Kg. Bukit Wan Empuh. Menurut Tuan Haji Mohamed lagi, dahulunya terdapat satu laluan yang merupakan takungan air yang jernih (sepanjang lebih kurang 60 meter) di antara Kg. Gelong Bilal dan Kg. Padang yang mana terdapat laluan titian yang digunakan oleh penduduk kampung sementara haiwan-haiwan pula melalui alur gelong tersebut. Pada musim kemarau, budak-budak kampung akan mandi di sana serta menangkap ikan dan udang air tawar yang banyak terdapat di tempat itu. Begitu juga dengan orang-orang daripada kampung lain yang turut datang ketempat itu bagi tujuan mandi-mandi dan menangkap ikan.
LAGENDA BILAL SULAIMAN:
Mengenai lagenda Bilal Sulaiman pula, Tuan Haji Mohamed Bin Sulong menceritakan bahawa Bilal Sulaiman pernah menjadi bilal di Masjid Kg. Bukit Bayas kerana di Kg. Gelong Bilal ketika itu tiada terdapat masjid. Bilal Sulaiman mempunyai seorang anak lelaki bernama Abdullah yang turut mengikut jejak Bilal Sulaiman menjadi bilal di masjid yang sama. Manakala Bilal Abdullah pula mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Halimah dan seorang lagi bernama Hitam (iaitu ibu kepada Tuan Haji Mohamed Bin Sulong)
Pada suatu ketika, Bilal Sulaiman dikatakan telah pergi mengembara dengan membawa bersama-sama kitab-kitabnya di suatu tempat (tidak dapat dipastikan di mana tempat itu) di Negeri Perak untuk melanjutkan pelajaran beliau. Tiba-tiba beliau telah diserang oleh lanun dalam pejalanan beliau melalui laut, Perahu layar yang dinaiki oleh beliau telah tenggelam bersama-sama dengan penumpang-penumpang perahu layar yang lainnya. Kebanyakan orang-orang kampung ketika itu mempercayai Bilal Sulaiman telah mati akibat kejadian tersebut sehingga 4 bulan yang berikutnya barulah mereka mendapat perkhabaran bahawa Bilal Sulaiman masih lagi hidup dan sedang berada di Negeri Perak.
Mengikut ceritanya, dengan kehendak Allah s.w.t. Bilal Sulaiman telah tenggelam dalam masa lebih kurang 40 hari di dalam lautan yang mana beliau kekal hidup tetapi badan beliau telah dipenuhi dan diseliputi dengan bahan-bahan laut. Bilal Sulaiman telah menceritakan keadaan bagaimana beliau merasakan bahawa air laut yang menggelilinginya tidak sampai ketubuh beliau sehinggakan dapat bemafas sebagaimana lazimnya dan juga tidak berasa lapar selama tempoh tersebut Lama-kelamaan beliau telah dihanyutkan oleh air laut dan sampai kesuatu pantai dimana beliau telah dibantu oleh orang-orang di tempat itu.
Menurut Tuan Haji Mohamed lagi bahawa ketika itu Bilal Sulaiman ada membawa bersama-sama dengan beliau sebilah badik yang terselit di pinggang beliau. Namun pakaian yang telah dipakai oleh Bilal Sulaiman selama 40 hari itu telah koyak rabak. Badik tersebut kini masih tersimpan baik dalam simpanan beliau sebagai pewaris iaitu cicit kepada Bilal Sulaiman. Selepas kejadian tersebut, Bilal Sulaiman telah pulang ke Negeri Terengganu dimana beliau telah meninggal dunia semasa berumur lebih kurang 120 tahun. Semasa umur lanjutnya, Bilal Sulaiman dikatakan mempunyai kesihatan tubuh badan yang sihat anugerah IlLahi dimana deria pendengaran dan penglihatan beliau baik sebagaimana orang lainnya.
SEJARAH SURAU GELONG BILAL:
Antara pengasas surau tersebut mengikut cerita daripada Tuan Haji Mohamed Bin Sulong bahawa surau tersebut telah didirikan oleh Bilal Abdullah, Haji Wan Ngah dan Haji Ali. Tanah dimana surau brsebut didirikan telah diwakafkan sebahagiannya oleh Bilal Abdullah manakala sebahagian yang lainnya pula telah diwakafkan oleh Haji Ali. Manakala kos perbelanjaan bagi membina surau tersebut adalah daripada kutipan serta sumbangan daripada orang ramai.
Disamping mengadakan kelas fardhu Ain bagi lelaki dan perempuan, surau tersebut turut mengadakan pergajian Al-Quran lelaki oleh tenaga pengajar daripada Jabatan Agama serta pihak Yayasan lslam Terengganu. Bagi acara tahunan pula, surau tersebut turut menganjurkan acara-acara keagamaan seperti Maulidur Rasul, Maal-Hijrah, lsra' Mikraj dan lain-lain. Dahulunya, surau tersebut pernah mendapat gelaran Naib Johan bagi kategori bezanji peringkat Negeri Terengganu pada tahun 90'an tetapi kegiatan tersebut telah terhenti disebabkan kematian gurunya iaitu Haji Mat Pasir Panjang dan kini tiada lagi guru yang mengajar dalam bidang tersebut.
Senarai Ahli Jawatankuasa Surau
Pengerusi / lmam: Tuan Haji Mohamed Bin Sulong
Setiausaha: Tuan Haji Aziz bin Zakaria (anak Tok Penghulu Pok Ya, Bukit Bayas)
Bendahari:
AJK:
Tuan Haji Said
Ngah Bin Sidek
En. Abd Wahab Bin lbrahim
Tuan Haji Ali Bin lsmail
En. Mohamed Bin Ali ,
En. Shamsuddin Bin lbrahim
Tuan Haji Yusof Bin Mohamed
Tuan Haji Ali Bin Zakaria
En. Salim Bin Kasim
En. Awang Bin Musa
LAGENDA KEPENDEKARAN:
Pernah terdapat seorang pendekar berketurunan daripada Jawa yang pemah tinggal di kawasan ini yang bernama Che Wak dan Tuan Haji Mohamed Bin Sulong masih terbayang di masa-masa kanak-kanaknya melihat permainan silat yang dimainkan ditempat itu. Salah satu daripada kehebatan Che Wak di katakan bahawa beliau dapat melompat di atas pelepah pisang. Namun permainan silat ini tiada terdapat lagi di tempat ini dan tidak diketahui kemana pergi anak-muridnya serta pewaris silat Pendekar Che Wak.